Pengendali cedera dibaham buaya

Pengendali cedera dibaham buaya

SYDNEY, 22 Sept – Seorang pengendali buaya dikenali sebagai ‘Barefoot Bushman” cedera parah selepas dibaham oleh seekor buaya besar ketika memberinya makan di sebuah taman hidupan liar Australia hari ini.

Rob Bredi, 66 tahun, digigit oleh buaya berukuran 4.5 meter di Bredi’s Wild Farm di Bloomsbury di pantai tengah negeri Queensland, menurut perkhidmatan ambulans tempatan.

Dia mengalami kecederaan pada tangan kanannya yang melecet teruk dan juga beberapa tanda gigitan pada bahagian bawah kaki kanannya, tambah paramedik bernama Heather Shields.

“Dia begitu bernasib baik,’ kata Shields. “Menurutnya itu adalah buaya dewasa yang besar yang berukuran 4.5 meter panjang, dan dia begitu bernasib baik.’

“Menurutnya ia berlaku di darat. Buaya itu cuba menyeretnya ke air tetapi dia berjaya melepaskan dirinya sebelum dia tenggelam terus.”

Shields berkata terdapat ramai orang dan pelancong berada di tempat kejadian dan mereka membantu menahan pendarahan sebelum paramedik tiba.

Bredi dibawa menaiki helikopter untuk dikejarkan ke hospital berhampiran dalam keadaan serius tetapi stabil.

Jurucakap Bredi’s Wild Farm berkata Bredi, yang keluarganya adalah pemilik taman itu, ‘bersemangat’ di sebalik serangan itu.

Buaya lumrah di utara tropika Australia. Mereka membunuh purata dua orang setiap tahun di Australia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA