Pengendali laman ‘Sarawak keluar M’sia 2021’ diberkas

Pengendali laman ‘Sarawak keluar M’sia 2021’ diberkas

SIBU, 9 Nov – Polis memberkas pengendali laman sosial Facebook ‘Sarawak Keluar Malaysia 2021’, di sini pada 2:40 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dalam kenyataannya berkata siasatan terhadap pengendali laman berusia 48 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut beliau, sehingga hari ini sebanyak 13 laporan dibuat terhadap laman tersebut dengan laporan terbaharu diterima di Mukah.

Sebelum ini laman tersebut menyatakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyalahkan kerajaan persekutuan dan UMNO kerana beberapa dasar yang menjejaskan negara dan mengancam mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia. – Bernama