Pengertian Brexit?

Pengertian Brexit?

BREXIT adalah singkatan Britain dan Exit yang kemudiannya diringkaskan menjadi Brexit. Brexit merupakan satu referendum di mana Britain akan menyatakan sama ada akan meninggalkan/keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau tidak sehingga diadakan pungutan suara (referendum) yang dilakukan oleh para warga negara Inggeris dan 18 warga negara Commonwealth.

Apa dia EU?

Kesatuan Eropah dipanggil sebagai EU, iaitu sebuah badan persatuan ekonomi dan politik yang dianggotai oleh 28 negara Eropah. Ia ditubuhkan selepas perang dunia kedua untuk memperkembangkan lagi ekonomi secara bekerjasama terutama dalam bidang perniagaan untuk mengelakkan daripada terjadinya peperangan.

Apa terjadi kepada undian Brexit?

Referendum ini diadakan pada 23 Jun 2016, di mana keputusan undian sebanyak 52 peratus menyebelahi Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, manakala 48 peratus lagi undian yang tidak menyokong Britain keluar daripada Kesatuan Eropah.

Kesan Brexit

Gabungan 28 negara dari kesatuan Eropah itu akan mencetuskan masalah belanjawan yang memerlukan pengurangan perbelanjaan dan pertambahan cukai sebaik saja mereka kehilangan kemudahan perdagangan Britain.

A

ARTIKEL YANG SAMA