Pengerusi bola sepak Indonesia terlibat rasuah

Pengerusi bola sepak Indonesia terlibat rasuah

JAKARTA, 1 Jun – Pengerusi persekutuan bola sepak Indonesia ditahan atas dakwaan rasuah yang tidak berhubung kait dengan sukan itu, kata pendakwa hari ini.

La Nyalla Mattalitti meninggalkan negara itu pada April lalu selepas dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah yang bertarikh 2012 apabila dia menjadi pengerusi dewan perdagangan di wilayah Jawa Timur, kat Amir Yanto, jurucakap bagi Pejabat Peguam Negara.

Mattalitti didakwa menggelapkan 387,000 dolar dari dewan itu. Dia menafikan dakwaan tersebut.

Dia dihantar pulang dari Singapura semalam kerana visanya yang telah mansuh dan disiasat di pejabat peguam negara, kata Amir.

Persekutuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) terbabit dalam perbalahan perundangan bersama Kementerian Sukan, yang menggantung pertubuhan itu pada tahun lepas kerana keengganannya untuk menggantung dua buah kelab dari persaingan liga.

Penggantungan tersebut mencetuskan badan induk bola sepak dunia FIFA untuk mengharamkan Indonesia dari persaingan antarabangsa.

Penggantungan itu dan pengharaman FIFA ditarik balik bulan lalu selepas PSSI berjaya membuat rayuan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA