Pengerusi KPCS pantau isu ‘bendera merah’

Pengerusi KPCS pantau isu ‘bendera merah’

HARARE, 27 Sept – Pengerusi Skim Pensijilan Kimberly Process (KPCS) Ahmed Bin Sulayem kini berada di Zimbabwe dalam lawatan membiasakan diri bagi meninjau industri berlian di negara itu.

Ahmed, warganegara Emiriah Arab Bersatu (UAE), bertemu Menteri Pembangunan Perlombongan Zimbabwe Walter Chidhakwa di sini hari ini dan menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada lawatan beliau ke Afrika serta tiada isu ‘bendera merah’ dibangkitkan berkaitan industri berlian di Zimbabwe. – Bernama