Pengganas paling dikehendaki terbunuh

Pengganas paling dikehendaki terbunuh

MANILA, 3 Mei (dpa) – Salah seorang daripada suspek pengganas paling dikehendaki terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak Islam yang menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan tahun lalu, kata tentera hari ini.

Pertempuran antara ahli Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Abdul Basit Usman serta dua pengiringnya berlaku di bandar Guindulungan di wilayah Maguindanao, 960km ke selatan Manila.

“Selepas pertempuran, Basit Usman dan pengiringnya terbunuh,” kata jurucakap tentera Brigedier Jeneral Joselito Kakilala. “Ini adalah satu tamparan hebat kepada pengganas tempatan. Hubungan mereka dengan luar negara terputus dengan kematian Usman.”

Kakilala mengatakan mayat Usman masih lagi bersama pejuang MILF dan pihak berkuasa sedang menunggu perincian mengenai pertempuran untuk mengesahkan kematian suspek.

Usman merupakan seorang daripada dua suspek pengganas disasarkan dalam satu operasi oleh pegawai polis di bandar berhampiran Mamasapano dalam Januari. Suspek lain ialah Zulkifli bin Hir@Marwan dari Malaysia, terbunuh dalam operasi Januari yang juga menyaksikan 44 pegawai polis mati.

Usman merupakan pakar pembuatan bom dipercayai berkaitan dengan kumpulan pengganas serantau, Jemaah Islamiyah dan kumpulan militan Filipina, Abu Sayyaf.

Washington sudah menawarkan 1 juta dalam ganjaran tunai bagi penangkapannya. Amerika Syarikat juga menawarkan 5 juta ganjaran bagi menangkap Zulkipli, seorang jurutera terlatih di AS yang merupakan operator utama dan pengebom bagi kumpulan pengganas serantau, Jemaah Islamiyah.

ARTIKEL YANG SAMA