Penggangguran makin bertambah

Penggangguran makin bertambah

SANGAT mengecewakan apabila ramai yang menghadiri ujian yang dikenali sebagai ujian psikometrik, seringkali menghadiri tetapi jawapan sangat mengecewakan orang ramai. Kaedah ujian ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai dan mengetahui bidang Matematik.

Ujian ini memudahkan para pegawai untuk memilih tetapi tidakkah anda tahu bahawa ia amat menyukarkan bagi pemohon-pemohon untuk menjawab ujian tersebut.

Perlu adanya keselarasan dan pertimbangan kerana ia memang langsung tidak memberi peluang kepada orang yang memohon yang bukan bidangnya.

Terdapat daripada pemohon yang berijazah dari tahun 2007-2010 masih belum bekerja. Apakah tindakan yang berwajib agar tidak ada lagi isu penggangguran ini makin bertambah.

Di samping itu, temu duga yang diadakan di Jabatan kerajaan, apakah kriteria yang pihak temuduga mahukan, ini kerana ramai lepasan ijazah mempunyai pengalaman bekerja tetapi masih juga tidak menepati kehendak pihak temuduga. Apakah kriteria sebenar yang dikehendaki?

Diharap pihak berwajib dapat memberikan keselarasan dan mengambil berat terhadap isu ini. – Hajah Siti

ARTIKEL YANG SAMA