Penggantungan mungkin lebih lapan tahun

Penggantungan mungkin lebih lapan tahun

ZURICH, 13 Jan (Reuters) – Penyiasat etika FIFA semalam berkata mereka merancang untuk membuat rayuan yang akan melanjutkan penggantungan lapan tahun ke atas presiden bola sepak dunia, Joseph ‘Sepp” Blatter dan bos bola sepak Eropah, Michel Platini, yang membangkitkan kemungkinan penyingkiran seumur hidup.

Blatter dan Platini kedua-duanya diharamkan dari bola sepak bulan lalu bagi pelanggaran etika, yang mengakibatkan sukan dunia itu tanpa sebarang ketua ketika ia berusaha untuk menghindarkan dirinya daripada kes-kes rasuah. Keduanya menafikan sebarang salah laku.

Keduanya terlepas dari penggantungan seumur hidup yang diminta oleh penyiasat jawatankuasa apabila dewan panel pengadilan tidak menemukan bukti terhadap rasuah yang dikaitkan kepada pembayaran 2 juta Swiss franc (AS$2 juta) FIFA yang dibuat kepada Platini pada 2011, dengan kelulusan Blatter.

“Kami mengumumkan untuk membuat rayuan penggantungan lapan tahun ke atas Paltini dan Blatter,” jurucakap panel penyiasat, Andreas Bantel memberitahu wartawan di Zurich, di mana FIFA beribu pejabat.

Sementara itu Blatter dan Platini berkata panel itu mendapatkan penggantungan seumur hidup daripada sukan tersebut, Bantel berkata dia enggan mengulas mengenai kandungan rayuan tersebut.

Blatter berkata dia merasa “diabaikan” oleh badan induk bola sepak dunia itu dan sekarang menumpukan untuk membersihkan namanya melalui rayuannya sendiri.

Platini, yang menjadi pilihan bagi menggantikan Blatter sehingga tercemar dalam dakwaan yang membawa kepada penggantungannya, juga berkata dia akan membuat rayuan.

Krisis yang membelenggu dunia bola sepak itu bermula dengan penahanan sekumpulan pegawai–pegawai FIFA di sebuah hotel Zurich yang mewah pada Mei lalu. Sejak itu Pejabat Persekutuan Keadilan Switzerland telah membekukan sekitar 80 juta dalam aset di 13 akaun bank dan Amerika Syarikat (AS) telah mendakwa 41 orang dan entiti dalam satu penyiasatan rasuah yang merangkumi badan–badan bola sepak di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA