Penggantungan Rusia sertai Olimpik akan cetus perpecahan

Penggantungan Rusia sertai Olimpik akan cetus perpecahan

LOS ANGELES, 17 Julai – Kempen yang diketuai Amerika Utara untuk menggantung Russia daripada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil akan menimbulkan perbezaan pandangan di peringkat antarabangsa berhubung isu menangani skandal doping di Russia.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Eropah, Pat Hickey, berkata dia “terkejut” dengan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat dan Kanada untuk menghalang sepenuhnya Russia daripada Sukan Olimpik yang bermula di Rio pada 5 Ogos ini.

Hickey berkata dia menyedari pakatan itu apabila ketua suruhanjaya atlet Agensi Anti-Doping Dunia menghantar rayuan bagi menyokong kempen itu.

Russia sudah pun dihalang daripada menyertai kejohanan olahraga antarabangsa kerana skandal doping sebelum ini.

Esok, peguam Kanada, Richard McLaren dikatakan akan mengeluarkan hasil penyiasatan mengenai tuduhan kerajaan Russia memanipulasi sampel doping pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014 untuk melindungi pesaing Russia.

Tetapi Hickey berkata cubaan AS-Kanada untuk menggantung Russia sebelum laporan dikeluarkan adalah “mengejutkan dan membimbangkan beberapa pihak.”

“Kebimbangan saya adalah wujudnya cubaan untuk bersetuju dan keputusan sebelum sebarang bukti dibentangkan,” kata Hickey.

“Campur tangan begitu dan pakatan sebelum pembentangan McLaren adalah bertentangan dengan proses perundangan yang adil dan mungkin mengganggu integriti dan juga kredibiliti laporan itu penting.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA