Penggiat seni bincang dunia perfileman tempatan

Penggiat seni bincang dunia perfileman tempatan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Pengarah dan penerbit filem tempatan semalam berkongsi pandangan mengenai dunia perfileman tempatan dalam acara Tamu Seni yang berlangsung di Kafe Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Pengarah dan penerbit daripada syarikat perfileman tempatan seperti Regalblue Production, Visual Dimension Production, PesTAB Entertainment, Cinemotion Films dan Hadiyul Studio Production membincangkan topik berkaitan seni perfileman, tokoh seni dan produk seni tempatan serta global.

Dalam perbincangan bertajuk ‘Lensa Filem Brunei’ pula, wakil-wakil syarikat tersebut terdiri daripada Awang Hanidi Hambali, Awang Harlif Haji Mohamad, Dayang Nurain Abdullah, Adam Groves dan Awang Aizuddin berkongsi pengalaman pembikinan filem menggunakan tenaga kreatif tempatan. Manakala Awang Zefri Ariff bin Mohd Zain Ariff bertindak selaku moderator pada perbincangan itu.

Gambar ramai penggiat seni dan warga Tamu Seni serta audien.
Gambar ramai penggiat seni dan warga Tamu Seni serta audien.
Para penerbit dan pengarah filem tempatan ketika berbincang dalam ‘Lensa Filem Brunei’ serta bertukar-tukar pendapat dan pengalaman.
Para penerbit dan pengarah filem tempatan ketika berbincang dalam ‘Lensa Filem Brunei’ serta bertukar-tukar pendapat dan pengalaman.

Tamu Seni yang dikendalikan secara santai dan sederhana, bertujuan mengetengahkan isu-isu berkaitan seni, menjadi pemangkin dan penggalak kepada penggiat seni untuk mendalami ilmu dan perniagaan yang berkaitan dengan seni dan menjadi medan pertemuan antara penggiat seni tempatan dan global.

Tamu Seni itu juga turut dihadiri para penulis-penulis tempatan, pensyarah-pensyarah, belia dan penggiat seni veteran tanah air.

ARTIKEL YANG SAMA