Penggiat seni tempatan meriahkan Malam Pementasan

Penggiat seni tempatan meriahkan Malam Pementasan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG – Gelagat Dang Kasum bersama Beracun pada malam persembahan yang diundang khas dari Bandar Seri Begawan sebagai salah satu pengisian pada Malam Pementasan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke- 69 Tahun bagi Daerah Temburong baru baru ini cukup mencuit hati para pengunjung.

Bertugas sebagai pengacara pada malam tersebut, pelawak-pelawak tempatan yang mesra dengan panggilan Dang Kasum dan Beracun kelihatan begitu serasi dan mampu memukau para pengunjung dengan lawak dan jenaka yang dipersembahkan.

Sepanjang pementasan itu berlanggsung, pelbagai watak dan gaya yang mereka persembahkan bagi menghiburkan para pengunjung yang bertandang.

Dang Kasum dan Beracun sebagai pengacara yang memeriahkan acara malam pementasan itu.
Dang Kasum dan Beracun sebagai pengacara yang memeriahkan acara malam pementasan itu.

Di samping itu, acara pada malam itu turut diserikan lagi dengan persembahan dari beberapa orang artis tempatan yang sedang meniti kegemilangan di persada seni tanah air.

Sebuah persembahan nyanyian beramai-ramai yang disampaikan oleh para artis dan kumpulan Ulyke Toh Entertaiment telah memeriahkan suasana pembuka tirai persembahan pada malam tersebut.

Turut hadir menyaksikan pertandingan itu ialah Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud, penghulu mukim, ketua-ketua kampung serta ahli jawatankuasa pertandingan dan penduduk kampung.

ARTIKEL YANG SAMA