Penggodam antarabangsa kena dakwa

Penggodam antarabangsa kena dakwa

NEW YORK, 12 Ogos – Pasukan penggodam komputer antarabangsa dan pedagang saham dikenakan dakwaan kerana mengaut keuntungan secara haram berjumlah lebih AS$100 juta, berdasarkan maklumat pergerakan pasaran kewangan yang dicuri, para pegawai Amerika Syarikat mengumumkan semalam.

Jabatan Keadilan (DOJ) mendakwa sembilan orang dalam konspirasi jenayah dengan membuat dagangan haram lebih AS$30 juta berdasarkan maklumat yang dicuri melalui aktiviti penggodaman.

Kes sivil dari Sekuriti dan Suruhanjaya Saham AS yang menyenaraikan 32 defendan berkata skim tersebut menghasilkan lebih AS$100 juta keuntungan yang menyalahi undang-undang.

Konspirasi tersebut diketuai oleh dua penggodam di Ukraine yang berjaya menyelinap masuk ke dalam sistem komputer Marketwired, PR Newswire dan Business Wire, yang mengedarkan kenyataan media bagi syarikat dagangan awam utama, kata pegawai-pegawai.

“Para defendan adalah dari kumpulan yang amat terurus yang dipercayai merompak syarikat yang menjadi mangsa serta para pelanggan mereka serta menipu pasaran sekuriti,” kata Peguam Negara AS Paul Fishman. – AFP