Penggodam curi fail pertahanan

Penggodam curi fail pertahanan

SEOUL, 13 Jun (AFP) – Penggodam Korea Utara berjaya mencuri ribuan rekod daripada firma-firma persendirian dan agensi-agensi kerajaan di Korea Selatan termasuk maklumat industri pertahanan dan fail dari Korean Air, kata polis Seoul hari ini.

Penggodaman itu berasal dari 16 server berpangkalan di bandar Pyongyang, kata polis sambil menambah bahawa Korea Utara telah mencuri lebih 42,000 rekod dalaman.

Korea Utara mendapat akses kepada sistem dalaman firma-firma dan agensi-agensi pada beberapa ketika selepas menggodam ke dalam perisian pengurusan komputer yang dibangunkan oleh firma IT Seoul pada 2014, menurut polis.

Pencabulan itu ditemui awal tahun ini.

Penggodam juga telah membubuhi 33 jenis kod berunsur jahat dalam bidaan jelas untuk menggunakannya sebagai mesin ‘zombie’ untuk melancarkan serangan siber masa hadapan ke atas organisasi lain di Selatan, ujarnya.

Syarikat itu telah digodam termasuk pengangkutan udara Korea Selatan, Korean Air dan SK Networks, syarikat bersaudara bagi operator wayarles terkenal di Korea Selatan, SK Telecom, kata agensi berita Yonhap.

“Kami bekerja bersama organisasi-organisasi yang telah disasarkan untuk mendapatkan semula rekod-rekod yang hilang dan memperkukuhkan sekuriti komputer mereka untuk mencegah penyusupan selanjutnya,” kata polis dalam satu kenyataan.

Beberapa rekod yang dicuri bagaimanapun mengandungi maklumat tentang industri pertahanan atau data rangkaian penting untuk melancarkan serangan siber, tambahnya.

Rekod-rekod itu termasuk rekaan pesawat udara tentera dan kemudahan Internet di berek tentera Korea Selatan, menurut Yonhap.

Polis menambah bahawa sekitar 16 server di Pyongyang mempunyai alamat IP yang sama seperti yang telah melancarkan serangan siber ke atas bank-bank Seoul dan penyiaran TV pada 2013.

Seoul baru-baru ini menyalahkan para penggodam Utara bagi siri serangan siber ke atas institusi-institusi tentera, bank-bank, agensi kerajaan, penyiaran TV, laman web media dan sebuah loji kuasa nuklear.

ARTIKEL YANG SAMA