Penggodam gambar Pippa ditahan

Penggodam gambar Pippa ditahan

LONDON, 26 Sept – Seorang penggodam yang disyaki telah ditahan oleh polis British kelmarin, berikutan laporan 3,000 gambar-gambar Pippa Middleton, adik ipar Putera William, telah dicuri dan dijual.

Gambar-gambar yang telah dilaporkan oleh akhbar The Sun dan Daily Mail telah dicuri dari akaun iCloud Middleton dan termasuk gambar kakaknya, Kate, juga anak Putera William iaitu Putera George dan Puteri Charlotte.

The Sun berkata ia telah meminta £50,000 (€ 58,000, AS$65,000) untuk gambar tersebut, selepas seseorang menghubungi akhbar itu menerusi khidmat pesanan WhatsApp.

Polis Metropolitan London berkata kelmarin bahawa seorang lelaki berusia 35 tahun ditangkap sehari sebelum itu dan telah dibebaskan dengan ikat jamin, dan kembali semula ke balai polis di ibu negara British pada akhir November ini.

Gambar fail 19 Jun 2015 menunjukkan Pippa Middleton (kiri), menyaksikan perlawanan tenis suku akhir antara pemain Kanada, Milos Raonic dan pemain Perancis, Gilles Simon pada hari kelima Kejohanan Ratu di London. – AP
Gambar fail 19 Jun 2015 menunjukkan Pippa Middleton (kiri), menyaksikan perlawanan tenis suku akhir antara pemain Kanada, Milos Raonic dan pemain Perancis, Gilles Simon pada hari kelima Kejohanan Ratu di London. – AP

Polis berkata, suspek, yang tidak diberitahu namanya, ditahan di tengah daerah English, Northamptonshire apabila disyaki atas kesalahan Akta Penyalahgunaan Komputer.

Penyiasat-penyiasat menerima laporan pada Jumaat lalu mengenai dakwaan penggodaman akaun peribadi iCloud, kata polis, tanpa menamakan Middleton sebagai mangsa.

Pippa Middleton, 33, adalah adik kepada Kate dan terkenal sebagai pengiring pengantin di majlis perkahwinan diraja pada tahun 2011. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA