Penggodam jual data log masuk Twitter

Penggodam jual data log masuk Twitter

pg19_160611_Twitter_logo

LOS ANGELES, 10 Jun – Berpuluh-puluh juta data yang dicuri dari Twitter telah diambil dari program pelayar web dan telah dijual dalam talian, menurut sebuah enjin carian.

Bagaimanapun, seorang jurucakap Twitter berkata, pihaknya yakin nama pengguna dan maklumat tidak diperoleh menerusi pelanggaran data.

“Sistem kami tidak diceroboh. Malah, kami sedang berusaha membantu memastikan akaun dilindungi dengan memeriksa data yang dikongsi daripada kebocoran kata laluan terbaru,” katanya.

LeakedSource, laman dengan enjin carian maklumat kata nama bocor, berkata dalam satu tulisan blog, ia menerima salinan maklumat pengguna daripada “Tessa88@exploit.im,” nama lain digunakan individu yang memberi data digodam daripada rangkaian sosial Rusia, VK minggu lalu.

Pencerobohan keselamatan besar-besaran yang didedahkan baru-baru ini termasuk godaman Myspace membabitkan lebih 360 juta akaun, kemungkinan antara yang terbesar serta kebocoran 100 juta kata laluan LinkedIn dicuri pada 2012. LeakedSource menyatakan, simpanan data Twitter mengandungi 32,888,300 rekod termasuk alamat e-mel, kata nama dan kata laluan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA