Penggodam serang agensi telekomunikasi Thailand

Penggodam serang agensi telekomunikasi Thailand

BANGKOK, 23 Okt (dpa) – Penggodam telah menyerang agensi telekomunikasi yang dikendali oleh Thailand dan menyiar maklumat sensitif, di tengah ketidakpastian mengenai rancangan kerajaan untuk menubuhkan satu-satunya pintu masuk internet untuk negara.

Kumpulan penggodam antarabangsa Anonymous memasuki sistem CAT Telecom semalam, menurut artikel di laman Twitter yang dikendalikan oleh anggota kumpulan berkenaan pada hari ini.

Kumpulan itu telah meluahkan kebimbangan bahawa junta masih merancang untuk memperketat kawalan ke atas internet, walaupun berkata sebelumnya rancangan tersebut telahpun dibatalkan.

Pengkritik berkata penubuhan satu-satunya talian kawalan kerajaan akan membenarkan pengawasan pengguna dan isi kandungan dengan lebih mudah oleh pihak berkuasa.

Penggodam Thai pada September menyerang laman web kerajaan dalam bantahan.

Mereka menyiar apa yang nampaknya merupakan maklumat akaun peribadi pelanggan pada awal hari ini,dan meruntuhkan laman web CAT selama beberapa jam.

Penyerang juga memperoleh dokumen yang menunjukkan strategi lama oleh tentera untuk mengawal internet, kata laporan berita.

Laman berita TelecomAsia berkata ia telah menerima dokumen bertarikh 2006 yang menunjukkan rancangan tentera untuk menubuhkan unit peperangan maklumat, dan menyenarai media social untuk dipilih sebagai sasaran pengintipan, termasuk Facebook, YouTube, Instagram dan WordPress.

Laporan tidak menyebut mana-mana rancangan untuk pintu masuk, tetapi berkata dokumen “mungkin mencadangkan projek Single Gateway telah menjadi satu keutamaan dan dikemukakan oleh tentera tertinggi selama beberapa tahun.”

Timbalan Perdana Menteri Jeneral Prawit Wongsuwon berkata pada 15 Oktober bahawa tidak adanya rancangan tetap untuk pintu masuk sedemikian.

Namun CAT Telecon pada minggu ini mengumumkan ia sedang melancarkan infrastruktur tersebut, menamakan semula projek daripada “satu-satunya pintu masuk” kepada “pintu masuk negara”.

Ia akan menukar Thailand kepada pusat digital, katanya.