Penggodam serang laman web Thailand

Penggodam serang laman web Thailand

BANGKOK, 13 Jan (Reuters) – Gerakan penggodam antarabangsa Anonymous hari ini mengatakan ia menyerang beratus-ratus laman web kerajaan Thailand atas hukuman mati yang dikenakan ke atas dua pekerja penghijrah kerana membunuh dua pelancong Britain.

Sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada kedua-dua pekerja penghijrah Zaw lin dan Win Zaw Htun,kedua-duanya berusia 22 tahun pada 24 Disember selepas mendapati mereka bersalah membunuh pelancong Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, di pantai pulau Koh Tao pada 2014.

Witheridge diperkosa dan dibelasah hingga mati, menurut polis dan Miller mengalami kecederaan kepala serius dan ditinggalkan lemas dalam luncur.

Namun penyiasat mendakwa polis tidak cekap, mendera dan salah memperlakukan bukti.

Polis bagaimanapun menolak aduan itu namun bantahan tercetus di negara jiran Myanmar selepas keputusan itu, dengan ramai orang percaya kedua-dua pekerja yang menafikan pembunuhan pelancong-pelancong itu sebagai kambing hitam.

Beberapa pekerja hak asasi mengatakan mereka percaya polis memaksa kedua-duanya mengaku di bawah tekanan. Polis menafikan perkara itu.

Dalam satu mesej diposkan di laman Facebook We Are Anonymous, kumpulan penggodam itu mengatakan ia sudah menutup laman web Jabatan Kehakiman Thailand atas bantahan ke atas keputusan itu.