Penggodam serang laman web Vietnam

Penggodam serang laman web Vietnam

HANOI, 4 Jun (dpa) – Penggodam China disyaki menyasarkan laman web Vietnam, kata pakar keselamatan hari ini, tatkala ketegangan mengenai satu pertengkaran wilayah di Laut China Selatan beralih ke ruang siber.

Kira-kira 150 laman Vietnam, kebanyakannya milik kerajaan dan kumpulan pendidikan, dicerobohi sejak seminggu lalu, menurut satu laporan oleh WhiteHat, forum keselamatan komputer tempatan.

Lebih daripada 1,300 pencerobohan telah dilaporkan sejak hujung minggu lalu, apabila satu persidangan keselamatan serantau di Singapura memaparkan kritikan antarabangsa tentang penebusgunaan tanah China dan pembinaan di sebahagian dari kawasan Pulau Spratly di antara Filipina dan Vietnam.

Penggodam meninggalkan banyak mesej di laman Vietnam yang berkaitan dengan perbalahan Laut China Selatan, menurut WhiteHat, forum yang ditubuhkan oleh firma keselamatan Vietnam Bkav. Lebih daripada 200 laman Filipina juga digodam, katanya.

China menuntut kebanyakan Laut China Selatan sebagai wilayahnya sendiri, walaupun tindakan Beijing telah dikritik oleh Vietnam, Filipina dan pihak menuntut serantau lain.

ARTIKEL YANG SAMA