Penggubal dasar Asia puji perubahan kenaikan kadar Fed

Penggubal dasar Asia puji perubahan kenaikan kadar Fed

JAKARTA, 17 Dis – Penggubal dasar Asia pada hari ini memuji perubahan bersejarah dalam dasar mata wang AS, tetapi penganalisis mengingatkan ekonomi rantau menghadapi keadaan tidak pasti walaupun tatkala pasaran menghadapi kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) dengan tenang.

Prospek kenaikan pertama dalam kadar AS dalam hampir satu dekad telah membimbangkan pasaran membangun pada minggu-minggu sebelum Persekutuan membuat keputusan, di tengah kebimbangan pelabur akan menyalurkan semula modal kepada hutang AS dalam satu tamparan baru kepada ekonomi mereka yang goyah.

Bagaimanapun, satu pemulihan awal menenangkan pengurus bank pusat Asia yang merupakan orang pertama yang memberi reaksi kepada kenaikan tatkala penggubal dasar AS berusaha untuk mengakhiri era kadar amat rendah yang menyusuli krisis kewangan global.

“Tindakan Persekutuan menamatkan ketidakpastian mengenai kenaikan,” kata Amando Tetangco, gabenor bank pusat Filipina ketika beliau bersedia untuk mempengerusikan mesyuarat dasar mata wang pada lewat hari ini.

Kelegaan dalam kalangan penggubal dasar dan pelabur timbul tatkala ekonomi global mengharungi beberapa krisis, dengan banyak ekonomi yang bergantung pada eksport terjejas oleh pertumbuhan meleset di China dan tekanan deflasi meningkat di tengah keruntuhan dalam komoditi.

Seorang penyampai menjelaskan bagaimana untuk melabur dalam pasaran saham semasa ekspo bursa saham di Jakarta, Indonesia semalam. – AFP
Seorang penyampai menjelaskan bagaimana untuk melabur dalam pasaran saham semasa ekspo bursa saham di Jakarta, Indonesia semalam. – AFP

Menambah kepada pertumbuhan bercampur di Jepun dan zon euro, adalah tidak sukar untuk melihat kenapa kebanyakan pelabur berasa bimbang mengenai prospek kenaikan kos pinjaman di Amerika Syarikat.

Reaksi pasaran yang lebih tenang dibantu sebahagiannya oleh tindakan yang telah dilancarkan terlebih dahulu oleh Persekutuan, dan juga berkata kadar kawalan adalah secara beransur-ansur, satu petanda penting untuk kebanyakan pasaran aset yang sedang menyesuaikan diri kepada dasar perangsang yang kurang selepas kecairan bertahun-tahun lamanya.

Indonesia menjadi tumpuan ‘perangai meruncing’ pada pertengahan 2013, apabila Persekutuan bercakap mengenai pengurangan pembelian bon mereka, dan pada tahun ini mata wang rupiah telah menjadi salah satu pencatat prestasi paling teruk di rantau.

Namun rupiah berpulih pada hari ini, dan mata wang serantau lain meningkat pada mulanya sebelum merosot, dengan Presiden Indonesia Joko Widodo mengalu-alukan keputusan Persekutuan “disebabkan terdapatnya kepastian.”

“Kesannya adalah positif untuk kami, indeks saham meningkat, rupiah semakin kukuh, pasaran kewangan bertindak secara positif,” beritahunya kepada wartawan. – Reuters