Pengguna Apple alami gangguan perkhidmatan

Pengguna Apple alami gangguan perkhidmatan

SAN FRANCISCO, 3 Jun – Pelbagai perkhidmatan Apple termasuk App Store dan Apple TV mengalami gangguan dalam beberapa jam semalam yang disebabkan oleh masalah teknikal yang belum dapat dijelaskan.

Dalam satu kenyataan Apple dalam laman webnya mengesahkan gangguan itu, yang mana muncul sebelum 1300 waktu tempatan (2000 GMT).

Menjelang petang semalam di California, jualan dalam talian dan pusat permainan Apple itu kembali beroperasi, tetapi sistem penyimpanan data iCloud masih mengadapi ganggguan, mengikut sumber halaman Apple.

Gambar fail bertarikh 29 Mei 2016 menunjukkan pengguna menggunakan sebuah aplikasi pada telefon pintar beliau semasa satu acara di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China. – AFP
Gambar fail bertarikh 29 Mei 2016 menunjukkan pengguna menggunakan sebuah aplikasi pada telefon pintar beliau semasa satu acara di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China. – AFP

Pengguna di pelbagai lokasi termasuk Amerika Utara, Eropah dan beberapa bahagian Asia megadu di media sosial pada aplikasi pebelian dan pengemas kinian aplikasi, dan juga pada peranti dan streaming dari Apple TV.

Syarikat yang berpangkalan di California enggan mengulas punca dari masalah gangguan itu.

Mesej pada halaman status Apple berkata gangguan itu terjejas di pelbagai perkhidmatan iCloud dan kedai dalam talian Apple, dan menyatakan syarikat itu ‘menyiasat’ perkara itu. – AFP