Pengguna Gmail boleh ‘undo’ mesej

Pengguna Gmail boleh ‘undo’ mesej

BERLIN, 1 Julai (dpa) – Mana-mana pengguna Gmail yang menyesali mesej yang baru sahaja dihantar mempunyai pilihan untuk menarik semula (undo) mesej tersebut, dengan syarat ia dilakukan dengan cepat.

Pilihan baru menarik semula hantaran berkenaan membenarkan mesej untuk ditarik semula, asalkan ia ditekan dalam jangka masa 30 saat selepas menekan butang hantar. Idea tersebut adalah bagi memberikan pengguna peluang kedua jika mereka melakukan kesilapan atau menyedari mereka menghantarnya kepada orang yang salah. Walau bagaimanapun fungsi berkenaan hanya disediakan sebagai ciri percubaan. Ia belum lagi automatik: ia perlu diaktifkan melalui setting. Pengguna boleh menggunakan fungsi tersebut di antara lima dan 30 saat selepas waktu hantaran.

ARTIKEL YANG SAMA