Pengguna habiskan lebih AS$14b

Pengguna habiskan lebih AS$14b

SHANGHAI, 13 Nov (AFP) – Syarikat e-dagangan Alibaba berkata bahawa pengguna China dan antarabangsa menghabiskan lebih daripada AS$14 bilion dalam hari membeli-belah online terbesar di dunia, tatkala ia berusaha melegakan kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi China.

‘Singles Day’ pada 11 November lalu, yang jatuh pada hari Rabu, telah berubah menjadi pesta membeli-belah online terbesar di dunia sejak Alibaba mulai menggunakan tarikh tersebut pada 2009 untuk mempromosi jualan menerusi platformnya.

Jumlah barang niaga bernilai AS$14.3 bilion pada tahun ini mengatasi jumlah AS$9.3 bilion yang dicatat pada tahun lalu, menurut angka daripada Alibaba.

“Hari ini membuktikan kuasa penggunaan domestik China dan permintaan kukuh pengguna China untuk produk antarabangsa,” kata ketua pegawai eksekutif Alibaba Daniel Zhang dalam satu kenyataan.