Pengguna Internet Sabah lebih pentingkan kandungan

Pengguna Internet Sabah lebih pentingkan kandungan

KOTA KINABALU, 31 Mei – Pengguna Internet di Sabah lebih memberi perhatian terhadap bahan kandungan yang mereka lihat di dalam talian daripada merungut mengenai tiada liputan perkhidmatan atau kualiti liputan yang tidak memuaskan.

Pengarah Kanan Sokongan dan Capaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Eneng Faridah Iskandar berkata kehendak pengguna internet di Sabah adalah unik berdasarkan pertumbuhan ketara jumlah pengguna Internet di negeri ini. – Bernama