Pengguna lebih yakin mengenai masa depan S’pura

Pengguna lebih yakin mengenai masa depan S’pura

SINGAPURA, 25 Dis (BHS) – Para pengguna Singapura masih lemah dalam kedudukan kewangan peribadi tetapi melahirkan keyakinan ia bertambah baik bagi lima tahun mendatang.

Satu tinjauan oleh ANZ-Roy Morgan menunjukkan keyakinan pengguna tumbuh kepada 126.5 mata bagi bulan ini, melebihi purata jangka panjang sebanyak 123.7 mata.

Ia juga lebih tinggi berbanding Disember tahun lalu apabila ia mencapai 121.8 mata.

Sebilangan kecil responden berpendapat bahawa mereka berada dalam kedudukan kewangan lebih baik.

Sebanyak 29 peratus berkata keluarga mereka berada dalam keadaan kewangan lebih baik berbanding setahun lalu, manakala 8 peratus berpendapat keadaan keluarga mereka lebih buruk.

Mengenai keadaan ekonomi di Singapura, separuh responden menjangka Singapura akan berada dalam keadaan kewangan lebih baik bagi 12 bulan mendatang, berbanding 11 peratus yang menjangkakan keadaan akan menjadi lebih buruk.

Bagi jangka panjang, separuh daripada responden menjangkakan keadaan kewangan akan bertambah baik bagi lima tahun mendatang.

Sentimen membeli-belah masih kukuh, dengan 23 peratus responden menjangka ia adalah masa yang baik membeli peralatan rumah, berbanding 13 peratus yang menyatakan ia bukan masa yang baik.

ARTIKEL YANG SAMA