Penggunaan arang batu di Asia meningkat

Penggunaan arang batu di Asia meningkat

SINGAPURA, 18 Dis (AFP) – Penggunaan arang batu global telah merosot untuk kali pertama pada abad ini sebahagiannya disebabkan penyusunan semula ekonomi China, tetapi penggunaan akan terus bertumbuh di India dan Asia Tenggara, kata IEA hari ini.

Agensi Tenaga Antarabangsa yang berpangkalan di Paris berkata dalam satu laporan yang dikeluarkan di Singapura bahawa pertumbuhan dalam permintaan arang batu dunia terhenti pada 2014 untuk kali pertama sejak 1990.

China menyumbang kepada separuh daripada penggunaan arang batu global.

“Berdasarkan pengimbangan semula ekonomi di China dan kemerosotan struktural berterusan di negara OECD, walaupun dengan pertumbuhan berterusan di India dan negara ASEAN, satu trend merosot dalam penggunaan arang batu global pada 2015 tidak mungkin berlaku,” katanya.

Permintaan arang batu global merosot 0.9 peratus daripada 7,991 juta tan pada 2013 kepada 7,920 juta tan pada 2014, kata IEA.

Seorang pekerja penghijrah melangkah keluar dari tempat penginapannya di kawasan berhampiran loji tenaga arang di Beijing pada 10 Disember. China akan berdepan tuntutan meningkat ke atas arang buat pertama kali ketika pemulihan ekonomi dan perubahan struktural dalam industrinya melanda penggunaan, membuka jalan kepada India sebagai pemacu utama dalam penggunaan arang global menjelang 2020. – Reuters
Seorang pekerja penghijrah melangkah keluar dari tempat penginapannya di kawasan berhampiran loji tenaga arang di Beijing pada 10 Disember. China akan berdepan tuntutan meningkat ke atas arang buat pertama kali ketika pemulihan ekonomi dan perubahan struktural dalam industrinya melanda penggunaan, membuka jalan kepada India sebagai pemacu utama dalam penggunaan arang global menjelang 2020. – Reuters

Fatih Birol, pengarah eksekutif IEA, berkata selain daripada penyusunan semula ekonomi di China, dasar kerajaan untuk “mengatasi cabaran persekitaran” akan memberi kesan kepada penggunaan arang batu dalam ekonomi kedua terbesar di dunia.

“Ekonomi China sedang mengalami penyusunan semula daripada ekonomi berdasarkan industri seperti besi, keluli, simen dan pengeluaran kepada industri lebih ringan,” kata beliau di Singapura.

“Langkah-langkah kecekapan yang diambil oleh kerajaan China sedang membuahkan kejayaan.”

Ibu negara China Beijing dibelenggu pada bulan ini oleh beberapa siri jerebu teruk. Pencemaran teruk dipersalahkan sebahagiannya ke atas pembakaran arang batu untuk elektrik dan pemanasan, terutamanya apabila permintaan mencapai kemuncak pada musim sejuk.

IEA, mengurangkan ramalan permintaan arang batu dunia sehingga 2020 sebanyak lebih 500 juta tan, berkata “era keemasan arang batu di China nampaknya sudah berakhir.”

Namun India dan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) masih ‘lagi menjadi pusat pertumbuhan arang,” menurut laporan.

ARTIKEL YANG SAMA