Penggunaan bahasa kini hadapi cabaran

Penggunaan bahasa kini hadapi cabaran

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Dalam usaha mengembangkan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Kempen Dudun Bahasa ke sekolah-sekolah rendah di seluruh negara dan ia diteruskan baru-baru ini di Sekolah Rendah Dato Marsal Lambak Kanan.

Pada kempen di sekolah itu, beberapa aktiviti dibuat seperti menyusun ayat dengan betul, cara-cara penggunaan kamus, sesi terjemahan dan meluaskan kosa kata berdasarkan kreativiti pelajar, sesi tulisan Jawi dan penggunaan tulisan Jawi dalam permainan ala Scrable.

Seramai 150 pelajar terdiri daripada pelajar kelas pra sehingga Tahun 6 menyertai Kempen Dudun Bahasa ini yang berlangsung di dewan rerba guna sekolah itu.

Ia turut dihadiri wakil Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa yang terdiri daripada Unit Peristilahan (Balairung Istilah), Unit Perkamusan (Junjung Dialek), Unit Penyelidikan (Buana Ria), Unit Penterjemahan (Astana Terjemahan) dan Unit Pelaksanaan Bahasa serta Unit Jawi (Anjung Jawi).

Pelajar Kelas Pra dan Tahun 6 Sekolah Rendah Dato Marsal yang menghadiri Majlis Dudun Bahasa tersebut.
Pelajar Kelas Pra dan Tahun 6 Sekolah Rendah Dato Marsal yang menghadiri Majlis Dudun Bahasa tersebut.

Ketua Bahagian Jawi DBP, Hajah Sariani binti Haji Isahak, ketika ditemu bual wartawan pada Kempen Dudun Bahasa itu mengatakan, DBP mengambil inisiatif menanai budaya cintakan bahasa di peringkat awal lagi supaya generasi baru sedar kepentingan Bahasa Melayu, apa tah lagi penggunaan bahasa itu kini menghadapi cabaran dalam media sosial yang kebanyakan mencelarukan Bahasa Melayu dengan penggunaan singkatan yang mengelirukan.

Melalui kempen ini, ia dihasratkan dapat mendidik generasi muda menggunakan Bahasa Melayu dengan betul, tambahnya lagi.