Penggunaan Bahasa Melayu perlu relevan dan menarik

Penggunaan Bahasa Melayu perlu relevan dan menarik

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Kehadiran banyak iklan bermusim yang ditampal di tempat-tempat awam dengan memperlihatkan kesalahan bahasa dan ejaan yang bercelaru adalah suatu yang membimbangkan kerana jika tidak ditangani dengan betul, ia boleh merosakkan keindahan, kemurnian dan kesempurnaan Bahasa Melayu.

Kebimbangan itu dikongsi oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah ketika berucap di Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2015 yang berlangsung di Muzium Teknologi Melayu, Kota Batu, hari ini.

Dalam hubungan itu, Yang Berhormat Pehin amat mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul.

“Antaranya ialah khidmat nasihat bahasa, istilah dan terjemahan, bimbingan tatabahasa dan penerbitan berbentuk buku panduan mudah (hand-book) penggunaan Bahasa Melayu yang betul dengan menjadikan kesalahan dan kesilapan bahasa dalam iklan-iklan bermusim tadi sebagai sampel referensi untuk panduan kepada pengguna.”

Tambahnya lagi, “Penyediaan huraian dan panduan bahasa ini perlu dipergiat hebahannya agar sampai pada kumpulan sasaran yang berkenaan.”

Tetamu kehormat melancarkan Prototaip Penerbitan Buku Digital Nakhoda Manis.
Tetamu kehormat melancarkan Prototaip Penerbitan Buku Digital Nakhoda Manis.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair bergambar ramai bersama penerima Anugerah Duta Bahasa.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair bergambar ramai bersama penerima Anugerah Duta Bahasa.

pg08_150807_a

pg08_150807_c

pg08_150807_d

pg08_150807_i

pg08_150807_j

pg08_150807_k

Yang Berhormat Pehin ketika menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat ‘O’ dan ‘A’ dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.
Yang Berhormat Pehin ketika menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat ‘O’ dan ‘A’ dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang Peraduan Menulis Esei Ilmiah Pangsura.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang Peraduan Menulis Esei Ilmiah Pangsura.

Yang Berhormat Pehin juga menyatakan bahawa masyarakat perlu mempunyai kefahaman Bahasa Melayu yang jitu dalam mana penuturan dan penggunaan Bahasa Melayu bukan semata-mata berperanan sebagai media komunikasi harian tetapi merangkumi segala aspek dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

“Secara meluas, pemakaian dan penggunaan Bahasa Melayu juga berkait rapat dengan keilmuan, pendidikan, kebudayaan, keagamaan, adat istiadat, pentadbiran, pekerjaan, perniagaan dan perilaku dalam kehidupan seharian.”

Oleh itu, Yang Berhormat Pehin berkata sambutan dan pemberigaan Bulan Bahasa di Brunei bukan semata-mata berpusat dan tertumpu pada persekitaran aset Dewan Bahasa dan Pustaka tetapi perlu melibatkan persekitaran tempat masyarakat berada sama ada di premis kerajaan dan agensi di bawahnya, premis swasta, badan bukan kerajaan, institusi pengajian dan persekolahan, gedung perniagaan, daerah, mukim dan kampung.

“Dengan langkah sedemikian ia dapat memberikan dinamisme, kreativiti dan inovasi untuk menjadikan penggunaan Bahasa Melayu sentiasa relevan dan menarik serta berdamping rapat dengan masyarakat di segenap peringkat.”

Kumpulan koir yang mempersembahan lagu ‘Junjung Bahasa’.
Kumpulan koir yang mempersembahan lagu ‘Junjung Bahasa’.
Ahli PKBN ketika mengangkat Ikrar Bahasa.
Ahli PKBN ketika mengangkat Ikrar Bahasa.

pg08_150807_g

Dalam waktu yang sama, ulasnya lagi, sambutan Bulan Bahasa yang dijadikan sebagai wadah untuk merenda kasih dan penghargaan Bahasa Melayu, juga harus diisi dengan pelbagai kegiatan yang dapat menarik minat masyarakat di pelbagai peringkat untuk mencintai dan menghayati Bahasa Melayu.

“Kegiatan kebahasaan perlu diperbanyakkan lagi terutama kegiatan yang melibatkan golongan pelajar, kanak-kanak, belia dan masyarakat.”

“Ini kerana kita yakin Bahasa Melayu mampu menjadi sarana penting untuk memperkukuh warisan dan identiti bangsa Brunei, di samping membentuk keperibadian bangsa dan menjulang daya fikir, ilmu, falsafah dan kebudayaan kebangsaan.”

Oleh yang demikian, ujar Yang Berhormat Pehin, adalah wajar bagi rakyat dan penduduk negara untuk memainkan peranan dan menunjukkan komitmen padu dalam mendukung dan memperkasa Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara.

“Pendekatan proaktif bagi memastikan penggunaan bahasa yang baik dan betul ialah bagi setiap anggota masyarakat mempunyai sikap bangga bahasa (language pride).”

ARTIKEL YANG SAMA