Penggunaan dron dilarang sama sekali – DCA

Penggunaan dron dilarang sama sekali – DCA

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Perhubungan sekali lagi menekankan bahawa Penggunaan Sistem Pesawat Udara Kawalan Jauh (Remotely Piloted Aircraft System – RPAS) yang lebih dikenali sebagai dron adalah dilarang sama sekali.

Pemangku Pengarah Penerbangan Awam, Jabatan Penerbangan Awam Kementerian Perhubungan, Awang Mohammad Nazri bin Mohammad Yusof berkata, sebagaimana yang terkandung di bawah Bab 21 Akta Penerbangan Awam 2006, melancarkan Pesawat Udara Tanpa Manusia adalah satu kesalahan. “Di bawah Bab 51 Perintah Penerbangan Awam 2006, mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi sebarang peruntukan perintah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi $50,000 atau dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Dalam hubungan ini Jabatan Penerbangan Awam memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi Perintah Penerbangan Awam 2006 demi keselamatan orang ramai dan lalu lintas udara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA