Penggunaan dron lebih meluas

Penggunaan dron lebih meluas

WASHINGTON, 22 Jun (AFP) – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan melancarkan peraturan baru semalam yang memberikan laluan kepada dron komersial kecil untuk beroperasi di ruang udara AS – tetapi tidak menjangka apa-apa penyerahan daripada Amazon.

Di bawah peraturan FAA, operator dron dibenarkan menerbangkan dron komersial yang mempunyai berat kurang daripada 55 paun pada waktu siang, dengan syarat mereka boleh melihat dron dengan jelas sepanjang masa. Sementara ia boleh menghalang perkhidmatan penyerahan robot yang sedang dicipta oleh Amazon dan peniaga utama lain, peraturan baru akan memastikan dron menjadi semakin biasa di langit.

Operator dron tidak lagi memerlukan lesen juruterbang penuh. Sekarang, mereka mesti berusia 16 tahun, diperiksa oleh Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan dan boleh lulus satu ujian FAA untuk sijil dua tahun.

Sebelum ini, pengguna dron komersial perlu memohon pengecualian untuk mengendali dron mereka, dan pihak berkuasa telah meluluskan beribu-ribu permohonan berkenaan mengikut kes.

Rumah Putih memetik anggaran industri mencadangkan dron mungkin menghasilkan lebih daripada $82 bilion untuk ekonomi AS pada dekad akan datang, mewujudkan lebih daripada 100,000 pekerjaan.

Jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest berkata pentadbiran Obama akan bekerjasama de-ngan perniagaan persendirian untuk mengemaskini peraturan.

Kumpulan media mahu menggunakan teknologi dron dalam pengumpulan berita.

ARTIKEL YANG SAMA