Penggunaan perkataan salah

Penggunaan perkataan salah

PADA 8/12/2015 sebelah petang, saya telah pergi ke Kuala Belait atas urusan persendirian dan menggunakan Jalan Seria Bypass dan saya ternampak bahawa tanda jalan ini ada mengatakan (berdekatan simpang masuk ke Pekan Seria) LEBUHRAYA SERIA – BELAIT.

Pada hemat saya, penggunaan perkataan ‘SERIA – BELAIT’ itu adalah salah dan sepatutnya digunakan dengan perkataan yang betul iaitu ‘LEBUHRAYA SERIA – KUALA BELAIT’ disebabkan Belait merupakan keseluruhan bagi kawasan Pekan KB,Pekan Seria, Anduki, Lumut, Liang, Labi dan sebagainya, manakala Kuala Belait pula ialah Pekan Kuala Belait.

Contohnya lagi ialah Lembaga Bandaran KB dan Seria, bukannya Lembaga Bandaran Belait. Bagi Jabatan Daerah memang tepat disebut sebagai Jabatan Daerah Belait,Pegawai Daerah Belait dan bukan disebut sebagai Pegawai Daerah Kuala Belait.

Demikian juga dengan Jalan Pengiran Babu Raja, bukan disebut sebagai Jalan Babu Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam papan tanda pembinaan Jejantas (belum ada nama khas lagi ) ‘Jalan Pengiran Babu Raja’ sedang dalam pembinaan. Sekian bagi pandangan saya dan bukan sebagai kritikan bagi membetulkan apa yang tidak betul. – Awang Marol, Seria

ARTIKEL YANG SAMA