Penggunaan senjata terhadap polis dipertikaikan

Penggunaan senjata terhadap polis dipertikaikan

LOS ANGELES, 10 Ogos – Jabatan Syerif Los Angeles semalam mengakui bahawa seorang penolong syerif telah menembak mati seorang lelaki kulit hitam yang disangka seorang tersangka dalam kejadian perampasan kereta. Sekali lagi menimbulkan persoalan kesesuaian penggunaan kekerasan berbahaya oleh agensi polis.

Donnell Thompson, 27 tahun ditembak mati dari jarak dekat oleh penolong syerif yang berada di menara kecil kenderaan berperisai, salah sebuah dari dua buah yang dihantar ketika para pegawai melancarkan usaha mencari tersangka di Compton selepas drama kejar-mengejar dan penembakan. Polis berkata penembakan berlaku selepas Thompson tidak mengendahkan mereka dan menyerang mereka.

Beberapa jam sebelum keluarga Thompson merancang sidang media untuk mendakwa para pegawai telah membunuh lelaki tidak bersalah, jabatan itu mengumumkan penyiasatannya mendapati ‘tidak ada bukti’ Thompson terlibat dalam perampasan kereta.

Penemuan itu hanya memberikan sedikit ketenangan kepada keluarga, yang percaya jabatan itu dan para pegawainya bertindak keterlaluan selepas penolong-penolong syerif melepaskan tembakan ketika kejar-mengejar itu, dan rasa adalah faktor.

“Ia sentiasa dalam berita,” kata kakak Thompson, Matrice Stanley, dengan merujuk kepada penembakan polis ke atas bangsa kulit hitam. “Ini adalah sesuatu yang menjadi lumrah yang benar-benar menyedihkan. Ya itu adalah faktornya.”

Dia dan anggota keluarga lain berada di Lembaga Penyelia Wilayah Los Angeles untuk menarik perhatian di atas kematian adik lelaki mereka. – AFP