Penggunaan ‘Skype for Business’ meluas

Penggunaan ‘Skype for Business’ meluas

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Microsoft Brunei telah memperluaskan lagi kesedaran mengenai penggunaan ‘Skype for Business’ dengan mengadakan taklimat mengenai bagi wakil-wakil syarikat kecil dan sederhana yang berlangsung di Institut Perkhidmatan Awam, di sini, hari ini.

Menerusi taklimat itu, Microsoft Brunei menjelaskan lebih lanjut penggunaan komunikasi berteknologi tinggi menggunakan platform Skype sebagai salah satu misi Microsoft bagi mencipta produk mudah dan mampu membangunkan sesebuah organisasi ke tahap seterusnya.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Sektor Awam Microsoft (B) Sdn Bhd, Azwan Wan Muhammad yang antara lain menjelaskan, antara evolusi Skype terbaru ini, pengguna video Skype for Business boleh menyiarkan lebih 10,000 orang secara langsung dan dirakam untuk main semula pada bila-bila masa.

Skype membolehkan pengguna untuk berhubung dengan ramai orang di dalam atau luar negara menggunakan saluran Internet mahupun luar Internet pada harga lebih rendah berbanding menggunakan panggilan biasa dengan kebolehan panggilan menggunakan suara atau video,

Azwan Wan Muhammad ketika memberikan penerangan.
Azwan Wan Muhammad ketika memberikan penerangan.
Antara wakil-wakil dari syarikat kecil dan sederhana yang menghadiri taklimat tersebut.
Antara wakil-wakil dari syarikat kecil dan sederhana yang menghadiri taklimat tersebut.

p07-3_20160121

Apa yang menarik lagi, tambah beliau, Skype for Business juga mampu menterjemah bahasa melalui percakapan secara langsung, malah menyampaikan ekspresi manusia seperti percakapan, penulisan, visual dan emosi.

Perbualan menggunakan Skype for Business juga akan lebih mudah dengan menggunakan produk-produk jenama Jabra yang telah bekerjasama dengan Microsoft untuk memberikan pengalaman terbaik bagi pengguna Skype.

Pengurus Cawangan Negara Microsoft Brunei, Dayang Haniza Zakariya semasa bercakap dengan media pula berkata, “Skype for Business berperanan penting sebagai alat untuk orang ramai berhubung secara percuma dan lancar, yang mana sebagai kunci utama misi kami untuk mencipta semula produktiviti iaitu untuk membawa semua dan setiap organisasi membuat lebih dan mencapai lebih.

“Kami sangat gembira memperkenalkan Skype for Business yang memberikan pengalaman yang sama seperti Skype dengan keselamatan dan pengawalan IT yang boleh dipercayai daripada Microsoft,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, lebih 100 juta orang kini menggunakan Microsoft Lync untuk berhubung dalam bekerja, dengan 79 peratus perusahaan di Amerika Syarikat pada masa ini menggunakan atau merancang untuk melaksanakan Lync sebagai perhubungan.