Penggunaan ‘undang-undang diktator’ meningkat di Thailand

Penggunaan ‘undang-undang diktator’ meningkat di Thailand

BANGKOK, 4 Feb – Ketua junta Thailand Prayuth Chan-ocha semakin bergantung pada langkah keselamatan yang digelar ‘undang-undang diktator’ untuk melaksanakan dasar tidak popular dan memulakan reformasi yang terbantut, yang memberi amaran bahawa ia boleh mencetuskan lagi penentangan terhadap pemerintahan tentera.

Perdana Menteri Prayuth telah menggunakan langkah itu yang dikenali sebagai Perkara 44, untuk mencepatkan projek-projek dari stesen kuasa hinggalah zon-zon ekonomi khas, kerap disebabkan bantahan aktivis dan beberapa anggota rakyat.

Prayuth telah menggunakan Perkara 44 lebih 50 kali sejak merampas kuasa dalam rampasan kuasa 2014 dan semakin meningkat sejak pertengahan tahun lalu, kata Narongsak Niamsorn dari iLaw, sebuah kumpulan pengawasan undang-undang yang beribu pejabat di Bangkok.

Seorang jurucakap bagi kerajaan tentera berkata Prayuth menggunakan Perkara 44 lebih kerap untuk melaksanakan kerja lebih cepat, sebelum pilihan raya yang dijanjikan pada tahun 2017, untuk manfaat semua.

Bulan lalu, aktivis-aktivis menentang keras arahan untuk membina 14 loji tenaga di seluruh negara kerana kebimbangan kesihatan dan persekitaran. Juga bulan lalu, Prayuth menggunakan Perkara 44 untuk menyingkirkan tujuh orang pegawai dari yayasan promosi kesihatan kerajaan, pada awalnya dengan alasan disyaki terlibat dengan rasuah. Tetapi dia kemudian memohon maaf dan menggugurkan idea rasuah itu, selepas para doktor bersungut tentang campur tangan itu.

Prayuth Chan-ocha tersenyum semasa kawalan kehormatan pada majlis mengalu-alukan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen di Rumah Kerajaan di Bangkok, Thailand. – Reuters
Prayuth Chan-ocha tersenyum semasa kawalan kehormatan pada majlis mengalu-alukan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen di Rumah Kerajaan di Bangkok, Thailand. – Reuters

Prayuth telah merampas kuasa dalam tahun 2014 dengan janji akan membaharui sistem cukai dan pendidikan, merombak sektor tenaga dan telekom, meningkatkan sistem polis dan kehakiman dan menangani rasuah, penyeludupan manusia dan banyak lagi isu lain.

Kini, dengan ekonomi lembap dan banyak institusi penting dan sektor-sektor tidak dibaharui, rancangan itu nampaknya hebat, dengan keraguan tentang keberkesanan perjuangan junta menentang rasuah.

Dalam Indeks Penanggapan Rasuah 2015 yang dikeluarkan minggu lalu oleh pihak pemerhati Ketelusan Antarabangsa yang beribu pejabat di Berlin, Thailand berada di tempat ke 76 dikalangan 168 negara – sama seperti tahun lalu. Prayuth tertekan untuk menunjukkan hasil itu, yang sebab itu beliau bergantung pada Perkara 44, menurut seorang diplomat Barat. – Reuters