Penghantaran gading seludup dirampas di Vietnam

Penghantaran gading seludup dirampas di Vietnam

HANOI, 7 Okt – Kira-kira setengah tan gading disembunyi dalam hantaran kayu balak telahpun dirampas di Vietnam, kata seorang pegawai hari ini, rampasan kedua produk yang diseludup secara haram dalam seminggu.

Walaupun perniagaan gading diharamkan di Vietnam, negara itu masih merupakan pasaran teratas untuk produk ga-ding yang bernilai di dalam negara untuk tujuan perhiasan dan perubatan. Ia juga jalan besar yang sibuk untuk gading yang diseludup dari Afrika ke kawasan Asia lain.

Rampasan gading terbaru ditemui di pelabuhan Bandar Ho Chi Minh dalam dua tong kayu balak dari Mozambique, beritahu pegawai kastam Vo Thanh Hung kepada AFP. Beliau berkata pihak berkuasa sedang menguji rampasan seberat 500 kilogram untuk “memutuskan sama ada ia adalah gading gajah.”

Tangkapan terbaru menyusuli penemuan 300 kilogram gading gajah di lapangan terbang Hanoi pada minggu lalu, di mana pegawai menemui gading dari Nigeria dilabel sebagai kaca.

Vietnam mengharam perniagaan gading pada 1992, namun kedai masih menjual gading sejak sebelum pengharaman dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah telah membenarkan perniagaannya berlarutan. Satu tinjauan selama dua minggu pada tahun lalu mendapati lebih daripada 16,000 produk gading boleh diperoleh di Hanoi, menurut Konvensyen mengenai Perniagaan Antarabangsa dalam Spesis Terancam Fauna dan Flora Liar (CITES).

Sementara itu,kumpulan pemuliharaan Selamatkan Hidupan Liar Vietnam berkata hari ini mereka menerima 61 tenggiling yang diseludup, tiga di antaranya mati, daripada polis di utara wilayah Thai Binh.

Haiwan tersebut, sering dipanggil tenggiling bersisik, adalah haiwan mamalia paling banyak diseludup di dunia, dicari-cari di Vietnam dan kawasan lain di Asia Tenggara untuk daging dan sisik yang digunakan dalam ubat tradisional. – AFP