Penghantaran pertama bagi projek gas Australia

Penghantaran pertama bagi projek gas Australia

SYDNEY, 22 Mac – Salah sebuah kilang gas terbesar dunia telah memulakan penghantaran minyak selepas ditangguhkan berbulan-bulan lamanya, kata operator Chevron, dengan sebuah kapal bertolak ke Jepun dari Australia.

Projek gas asli cair (LNG) Gorgon bernilai AS$52 bilion di luar pantai barat laut Australia, projek sumber terbesar negara, memulakan pengeluaran pada awal Mac, dengan hantaran pertamanya bertolak ke Pulau Barrow semalam, kata Chevron.

“Penghantaran kargo pertama daripada Projek Gorgon merupakan peristiwa penting dalam komitmen kami untuk menjadi pembekal LNG yang boleh dipercayai untuk pelanggan di seluruh rantau Asia-Pasifik,” kata Mike Wirth daripada Chevron dalam satu kenyataan.

“Ia juga penting untuk pelabur kami tatkala kami mulai menghasilkan pendapatan daripada projek yang kami jangka akan beroperasi selama beberapa dekad akan datang,” kata Wirth, menambah LNG adalah antara segmen portfolio tenaga multinasional yang berkembang paling pesat.

Chevron memiliki 47.3 peratus daripada usaha sama itu. Penghantaran adalah ke Chubu Electric Power, salah satu rakan lebih kecil dalam usaha sama yang termasuk Shell dan ExxonMobil, yang masing-masing memegang 25 peratus.

Rakan Gorgon lain adalah firma Jepun Osaka Gas (1.25 peratus) dan Tokyo Gas (1.0 peratus).

Syarikat tenaga termasuk Chevron telah terjejas oleh kemerosotan harga minyak, yang menjejas nilai LNG.

Australia mempunyai rancangan untuk membina beberapa kilang LNG lain dan diramalkan akan memintas Qatar sebagai pengeluar gas asli cair terbesar di dunia pada tahun 2020. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA