Penghantaran Porsche meningkat

STUTTGART, 12 Okt – Selepas sembilan bulan pertama tahun 2017, Porsche AG telah mengedarkan 185,898 kenderaan di seluruh dunia, melebihi angka tahun lalu sebanyak empat peratus.

Panamera baru khususnya telah menyumbang kepada kejayaan ini iaitiu sebagai ‘kereta sukan empat pintu’ meningkat sebanyak 73 peratus kepada lebih daripada 19,000 kenderaan.

Mengikut kenyataan syarikat berkenaan itu lagi, Porsche Macan juga menyaksikan kenaikan sebanyak tiga peratus dengan jumlah penghantaran melebihi 73,000 unit.

Cayenne juga menyaksikan lebih banyak permintaan iaitu lebih daripada 49,000 unit telah dihantar.

China kekal sebagai pasaran tunggal terkuat bagi pengeluar kereta sukan yang berpangkalan di Stuttgart dengan lebih daripada 54,000 kenderaan telah dihantar, diikuti oleh Amerika Syarikat dengan lebih daripada 41,000 kenderaan.

Menurut Ahli Lembaga Eksekutif yang bertanggungjawab bagi Penjualan dan Pemasaran di Porsche AG, Detlev von Platen berkata bahawa “Kami yakin angka 2017 akan mencapai tahap tertinggi tahun sebelumnya.

Porsche menikmati pertumbuhan sebanyak dua angka di pasaran China dan kereta sukan dua pintu itu juga menarik perhatian lebih ramai pembeli dari pasaran SUV.

Di Eropah, Porsche menghantar 60,838 unit (sehingga empat peratus) dalam tiga suku pertama tahun ini. Di pasaran Jerman pula, sejumlah 21,880 kenderaan telah dihantar kepada pelanggan, yang hampir sama dengan tahap tertinggi yang dicapai pada tahun sebelumnya. Porsche juga meneruskan kejayaannya di Amerika Syarikat dengan 41,237 penghantaran menyamai peningkatan sebanyak dua peratus.