Pengharaman tembakau bermula Disember

Pengharaman tembakau bermula Disember

SINGAPURA, 16 Jun (Bernama) – Kementerian Kesihatan akan mengharamkan penggunaan produk tembakau sedang muncul, yang kini belum terdapat di negara ini, dan yang sudah wujud di pasaran mulai 15 Disember tahun ini.

Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata ia merupakan langkah awal bagi melindungi kesihatan orang ramai terhadap bahaya produk berkenaan.

Langkah ini akan dilaksanakan melalui Peraturan Produk Tembakau Terlarang mengikut Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan).

Fasa pertama pengharaman ini, yang akan berkuat kuasa mulai 15 Disember, melibatkan produk tembakau sedang muncul, yang kini belum terdapat di negara ini.

Fasa kedua, yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2016, meliputi produk tembakau yang sudah wujud di pasaran tempatan.

Langkah berperingkat ini diambil bagi membolehkan syarikat membuat penyesuaianterhadap model perniagaan masing-masing dan menghabiskan stoksedia ada, termasuk produk sedutan hidung, sedutan oral, gutkha, khaini dan zarda.

ARTIKEL YANG SAMA