Penghargaan atas usaha gigih

Penghargaan atas usaha gigih

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Sebagai penghargaan atas usaha gigih dan komitmen tanpa batas kakitangan unit kejuruteraan lautnya, Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal (BPKT), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Malam Penghargaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Dewan Al-Barakah, Hotel Parkview Jerudong itu ialah Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat I, Kementerian Pertahanan, Awang Muhd Zul’izzi bin Haji Yahya.

Turut hadir ialah Penolong Pengurus Am BPKT, Kementerian Pertahanan, Hajah Adinah binti Haji Mohd Yussof; Pemangku Pengurus Kakitangan, Unit Kejuruteraan Laut, Hajah Noraini binti Abdullah; Pegawai Pemerintah Pemeliharaan, TLDB, Komander Azlan bin Haji Ahmad; Pegawai Pemerintah Logistik, TLDB, Komander Faizal Ezam bin Haji Abas dan para jemputan lain serta kakitangan BPKT.

Awang Muhd Zul’izzi bergambar ramai bersama warga BPKT, TLDB.
Awang Muhd Zul’izzi bergambar ramai bersama warga BPKT, TLDB.
Salah seorang menerima anugerahnya pada malam tersebut.
Salah seorang menerima anugerahnya pada malam tersebut.

Majlis berkenaan menyaksikan sebanyak 36 anugerah disampaikan kepada ahli-ahli kejuruteraan TLDB yang terdiri daripada jurutera dan kakitangan BPKT, TLDB iaitu Anugerah Pekerja Cemerlang, Anugerah Lama Berkhidmat dan penghargaan bagi kakitangan BPKT yang telah bersara.

Anugerah bagi lapan orang kakitangan BPKT yang telah bersara telah disampaikan oleh Komander Faizal Ezam, manakala, Anugerah Pekerja Cemerlang telah disampaikan oleh Komander Azlan kepada 15 orang penerima.

Sementara itu, seramai 13 orang kakitangan BPKT yang telah berkhidmat selama 25 tahun ke atas pula menerima anugerah masing-masing daripada tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA