Penghargaan buat AJK perayaan

Penghargaan buat AJK perayaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Bersempena selesainya acara-acara Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), baru-baru ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Dewan Bankuet, Bangunan Majlis Mesyuarat Negara, di sini.

Majlis yang diselajurkan dengan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 itu dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku tetamu kehormat,

Hadir sama ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di keempat-empat daerah.

Majlis berkenaan turut menyaksikan Yang Berhormat Pehin penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada pegawai-pegawai daerah selaku mewakili ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan dan juga pengerusi-pengerusi acara perayaan bagi keempat-empat daerah sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam sama-sama menjayakan dan memeriahkan lagi suasana sambutan perayaan tahun ini.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan cenderamata kepada salah seorang bekas penghulu.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan cenderamata kepada salah seorang bekas penghulu.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan.

Selain itu, Yang Berhormat Pehin juga telah menyempurnakan penyampaian sijil-sijil penghargaan dan cenderamata kepada penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung bagi Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Temburong yang telah bersara daripada perkhidmatan mereka bagi tahun 2012 hingga 2014.

Penyampaian sijil dan cenderamata berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan dan juga bagi mengenang jasa-jasa serta sumbangan bakti mantan penghulu mukim dan ketua-ketua kampung berkenaan sepanjang perkhidmatan mereka.

Majlis juga diserikan lagi dengan ceramah Awal Tahun Hijrah yang disampaikan oleh Penceramah Pusat Dakwah Islamiah, Awang Isham bin Ismail dan persembahan tausyeh oleh kumpulan Ibadurrahman dari Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA