Penghargaan buat Liverpool FC

Penghargaan buat Liverpool FC

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Bagi meraikan kedatangan pasukan Liverpool FC datang ke rantau Asia bagi Jelajah Asia LFC 2015, Standard Chartered melancarkan kempen media sosial di Facebook untuk mempamerkan peminat dan dedikasi mereka kepada kelab tersebut bermula kelmarin hingga 24 Julai ini apabila kelab tersebut selesai dengan jelajah mereka di Malaysia.

Menjadi sebahagian daripada kempen ini, peminat LFC dan penyokong boleh melayari Facebook Standard Chartered Bank di www.facebook.com/StandardCharteredBN dan mengongsikan apa sahaja berbentuk gambar, lagu, koleksi kenang-kenangan dan apa saja yang menunjukkan minat mereka terhadap pasukan tersebut.

Marilyn Graeme, Ketua Hal Ehwal Korporat memberi ulasan, “Standard Chartered sangat berbangga dengan pertalian dengan Liverpool FC yang merupakan salah satu pasukan bola sepak terkenal di dunia.

“Penajaan kami dengan mereka bergema dengan baik di seluruh pasaran operasi kami dan menjadi platform yang efektif buat kami untuk membina jalinan yang lebih besar bersama pelanggan serta pemegang saham baru dan sedia ada kami.”

Gambar-gambar penghargaan buat Liverpool FC daripada Bank Standard Chartered.
Gambar-gambar penghargaan buat Liverpool FC daripada Bank Standard Chartered.

p14-2_20150718 p14-4_20150718 p14-3_20150718 p14-5_20150718

Liverpool FC telah berada di bangkok dari 13 hingga 15 Julai sebagai sebahagian daripada pusingan pertama mereka terhadap jelajah tersebut. Tatkala lawatan mereka, Standard Chartered Thailand bekerjasama dengan Yayasan Liverpool FC untuk mengadakan bengkel unik Soccer Clinic-cum-Financial Education untuk sekolah Bangkok bagi orang yang cacat penglihatan yang merupakan usaha sama jangka panjang Bank berkenaan dalam program sukarelawan pekerja tempatan.

Liverpool FC akan meneruskan jelajah Asia mereka di Brisbane, Adelaide dan berakhir di Kuala Lumpur Malaysia pada 24 Julai.

Standard Chartered pada awalnya menandatangani penajaan utama kepada kelab tersebut pada Julai 2010, dan sekarang logo bank tersebut sudah termaktub di depan baju pasukan tersebut sejak lima musim kebelakangan. Berikutan lanjutan kerjasama pada 2013, penajaan sekarang dilanjutkan sehingga 30 Mei 2019.