Penghargaan buat media

Penghargaan buat media

Oleh Normazlina M.D

Gambar ihsan Kementerian Pertahanan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Bagi mengukuhkan hubungan dengan media-media kerajaan dan swasta di Brunei Darussalam, Kementerian Pertahanan buat pertama kalinya telah menganjurkan Hari Media yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Perkembangan), Kementerian Pertahanan, Awang Abu Sufian bin Haji Ali.

Juga hadir Pengarah Perisik, Kapten Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud.

Atur cara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan, Leftenan Kolonel (U) Hajah Suriani binti Haji Junaidi dan diikuti dengan sesi dialog yang dipengerusikan oleh tetamu kehormat.

Menurut Leftenan Kolonel (U) Hajah Suriani, Hari Media yang diadakan itu adalah sebagai penghargaan kepada pihak media tempatan dan swasta di negara ini yang telah memberikan kerjasama erat dalam menyampaikan maklumat dan menyediakan publisiti sepanjang aktiviti-aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) membantu warga media melakukan tembakan semasa Hari Media anjuran Kementerian Pertahanan.
Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) membantu warga media melakukan tembakan semasa Hari Media anjuran Kementerian Pertahanan.
Hari Media turut dimeriahkan dengan acara perlawanan menembak.
Hari Media turut dimeriahkan dengan acara perlawanan menembak.

pg12_160421_e

Wakil media kerajaan dan swasta bergambar ramai bersama warga Kementerian Pertahanan pada Hari Media yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison.
Wakil media kerajaan dan swasta bergambar ramai bersama warga Kementerian Pertahanan pada Hari Media yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison.
ATAS, BAWAH: Awang Abu Sufian (tengah) bergambar ramai bersama wakil media yang menerima pingat dalam acara perlawanan menembak.
ATAS, BAWAH: Awang Abu Sufian (tengah) bergambar ramai bersama wakil media yang menerima pingat dalam acara perlawanan menembak.

pg12_160421_c

Selain itu, Kementerian Pertahanan dan ABDB ingin berterima kasih kepada media-media yang telah bekerjasama rapat bersama Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan kerana berjaya menjalankan liputan publisiti bersama semasa Latihan ‘Hikmat Bersatu V’ yang diadakan baru-baru ini.

Manakala itu, tujuannya diadakan adalah untuk menggalakkan pertukaran pandangan dan idea yang membina bagi mengukuhkan hubungan antara Kementerian Pertahanan dan media sambil meneroka bidang-bidang lain yang mempunyai potensi kerjasama atau perkongsian.

Acara Hari Media turut dimeriahkan lagi dengan acara perlawanan menembak antara media-media tempatan dan acara diakhiri dengan majlis makan tengah hari.

Antara wakil media hadir pada majlis itu ialah dari Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Balai Kenangan Istana Nurul Iman, Borneo Bulletin, Media Permata, The Brunei Times, Sin Chiew News dan United Daily.

ARTIKEL YANG SAMA