Penghargaan buat media tempatan

Penghargaan buat media tempatan

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Azrol Azmi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Lebih daripada 100 wartawan dan penyunting dari sektor kerajaan dan swasta, semalam telah menghadiri Majlis Penghargaan Media anjuran Bank Baiduri yang berlangsung di Dewan Hotel Radisson, di sini.

Majlis yang bertemakan ‘La Fiesta Mexicana’ itu juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pierre Imhof yang dalam ucapan alu-aluannya menyentuh mengenai empat pencapaian terbaru yang dianugerahkan pada Bank Baiduri iaitu Domestic Retail Bank 2015 dari Majalah Asian Banking & Finance buat kali ketiga, Mobile Banking Initiative of the Year for Brunei 2015 dari Asian Banking & Finance, The Safest Bank in Brunei 2015 dari Global Finance, New York dan Kumpulan Perbankan Terbaik Brunei 2015 dari World Finance.

“Majlis malam ini adalah sebagai tanda penghargaan atas kerja keras oleh pihak media tempatan ke bank berkenaan.

“Inilah masanya untuk semua berhibur, menikmati jamuan dan mengeratkan silaturahim sesama sendiri dan ahli kakitangan Bank Baiduri,” katanya sebelum mengakhiri ucapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri menyerahkan hadiah utama cabutan bertuah kepada pemenang.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri menyerahkan hadiah utama cabutan bertuah kepada pemenang.
Gambar ramai warga media yang menghadiri majlis itu.
Gambar ramai warga media yang menghadiri majlis itu.

Majlis kemudian diisikan dengan beberapa persembahan seperti nyanyian, hiburan berkumpulan dan permainan kuiz.

Bank Baiduri juga turut menyediakan beberapa aktiviti dengan memberikan hadiah berupa barangan istimewa kepada kumpulan-kumpulan yang mengikuti pertandingan ‘Chinese Whisper’, makan cili padi dan menari tarian Mexico.

Di samping itu, majlis diserikan lagi dengan cabutan-cabutan bertuah seperti tiket pakej pelancongan ke Kota Kinabalu, Filipina, Bali dan Pulau Pinang serta hadiah utama berupa sebuah komputer riba Apple Macbook Air.