Penghargaan buat media

Penghargaan buat media

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – BAG Networks Sdn Bhd menunjukkan penghargaannya kepada media tempatan dengan mengadakan Majlis Penghargaan dan Minum Petang Bersama Media di auditorium bengkelnya, di Bangunan Design and Technology, Taman Teknologi Kampung Anggerek Desa, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya mengalu-alukan barisan warga media tempatan di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif BAG Networks, Dayang Haslina binti Haji Mohd Taib.

Majlis yang dihadiri barisan pengamal media tempatan sama ada dari media cetak dan penulis blog itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat sebelum diteruskan dengan ucapan tetamu kehormat majlis.

Antara wakil-wakil media dan para tetamu yang hadir di majlis itu.
Antara wakil-wakil media dan para tetamu yang hadir di majlis itu.

Dalam ucapannya, Dayang Haslina menyatakan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada pihak media atas sokongan dan dukungan kepada apa jua maklumat dan informasi terkini yang dianjurkan pihak BAG.

Menurutnya, media dan BAG berkongsi peranan penting dalam pembangunan ICT di negara ini terutama dalam memperkasa pengetahuan dan kemahiran penduduk negara ini dalam aspek kemajuan ICT.

Pada majlis itu, para pengamal media yang terlibat berpeluang mengikuti sesi fotografi, permainan dan sukan serta berinteraksi bersama barisan jemputan yang hadir.

ARTIKEL YANG SAMA