Penghargaan buat pekerja

Penghargaan buat pekerja

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Seramai 12 petugas dan tiga pengawas dari Noorana Enterprise yang bertugas di Talian Darussalam 123 menerima anugerah Pekerja Cemerlang dan Pengawas Cemerlang di Pejabat Comquest Sdn Bhd, di sini, baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Comquest Sdn Bhd, Gaurav Shrotriya, selaku tetamu kehormat.

Dalam temu bual ringkas bersama Pengurus Am Noorana Enterprise, Dayang Juliana menyatakan penyampaian Anugerah Cemerlang sangat mustahak bagi setiap pekerja, kerana ia adalah sebagai inspirasi, tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pekerja yang menunjukkan kualiti serta disiplin kerja yang baik.

Ampuan Fakhzan menerima Anugerah Pengawas Cemerlang daripada Pengurus Am Syarikat Noorana Enterprise.
Ampuan Fakhzan menerima Anugerah Pengawas Cemerlang daripada Pengurus Am Syarikat Noorana Enterprise.
Gambar ramai bersama para penerima Anugerah Pekerja Cemerlang.
Gambar ramai bersama para penerima Anugerah Pekerja Cemerlang.

ARTIKEL YANG SAMA