Penghargaan buat pelanggan

Penghargaan buat pelanggan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 15 Mac – Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan dan pengunjung Pusat Beli-belah KBSentral, satu cabutan bertuah bagi pemenang bulanan akan diadakan bulan ini sebelum cabutan utama diadakan pada 1 Mei nanti.

Cabutan yang akan diadakan pada 17 Mac bermula pukul 7malam di Atrium Pusat Beli Belah KBSentral itu, akan melibatkan seramai 25 orang pemenang bertuah yang telah mengambil bahagian dalam kempen cabutan bagi hadiah bertuah KBSentral dan telah dimaklumkan melalui panggilan telefon oleh pihak pengurusan KBSentral.

Para peserta juga diingatkan supaya membawa bersama kad pengenalan asal dan salinan sebagai pengesahan.

Sementara itu, bagi cabutan bulanan, salah seorang daripada lima orang pemenang bertuah yang akan dipilih melalui putaran kotak oleh pihak pengurusan akan berpeluang membawa pulang hadiah berupa penginapan satu malam di Hotel Garden Sentral bernilai $138, termasuk sarapan percuma bagi dua orang serta hadiah-hadiah menarik lainnya kepada pemenang bertuah seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA