Penghasilan baju dengan pencetak ink-jet

Penghasilan baju dengan pencetak ink-jet

TOKYO, 20 Mac (AFP) – Daripada pakaian dikait yang dikeluarkan serta merta kepada baju tempahan yang dihasilkan di pencetak ink-jet, industri pakaian Jepun sedang beralih kepada teknologi terkini dalam usaha berani untuk memotong kos pekerja dan menjamin masa depannya.

Di kilang pengeluaran Shima Seiki di barat Jepun, pakaian yang dapat dikeluarkan dalam masa beberapa minit, hanya menggunakan mesin automatik yang diprogram secara digital itu dapat mengeluarkan sampel baju panas sarung dalam masa setengah jam dengan hanya menekan butang.

Sistem WholeGarment yang dipaten oleh pengeluar Jepun dan dijual kepada syarikat pakaian dikait seperti jenama mewah Itali Max Mara termasuk sistem reka bentuk digital yang membenarkan pengguna memilik corak, warna dan potongan.

Pada asalnya terkenal dengan mesin penghasilan sarung tangan, Shima Seiki mencatat kemajuan teknologi pada 1990 dalam usaha untuk memulihkan nasib pengeluar pakaian Jepun.

“Semua orang sedang keluar ke luar negara ke destinasi yang lebih murah untuk pengeluaran dan kami mahu menghalangnya daripada berlaku,” kata Kenji Iwamoto daripada Shima Seiki.

Sistem WholeGarment membenarkan seorang pekerja mengendali 10 mesi, dengan itu mengurangkan kos pekerja dan menggunakan bahan mentah terhad untuk menghasilkan pakaian tanpa kelim yang tidak menimbulkan pembaziran, memandangkan mereka tidak memerlukan jahitan atau pemotongan.

Selepas permulaan lembap yang melihat kira-kira satu dozen jenama dari Jepun dan Itali mendaftar pada tahun pertama, hari ini kira-kira 800 syarikat iaitu hampir separuh di antara mereka adalah syarikat Jepun yang telah menyumbang kepada 60 peratus saham Shima Seiki bagi pasaran global untuk mesin mengait.

ARTIKEL YANG SAMA