Penghasilan Midea melonjak 60%

Penghasilan Midea melonjak 60%

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Dengan menawarkan produk yang berciri penting dan moden, hasil Midea atau Midea Scott & English Electronics (MSEE) telah melonjak 60 peratus semasa kemerosotan pasaran. Hasil perniagaan Kumpulan Midea mencatatkan sejumlah AS$64.7 bilion untuk tiga tahun yang lepas di mana sebanyak AS$21.3 bilion dicatat pada tahun 2015.

Di Malaysia, Midea dikenali sebagai Midea Scott & English Electronics (MSEE). Ia adalah sebuah syarikat subsidiari di Malaysia yang dimiliki oleh Midea Refrigeration (Hong Kong) Ltd, sebuah anak syarikat Kumpulan Midea yang mana merupakan pengilang global alat elektrik rumah dan teknologi pemanasan, ventilasi, penyamanan udara (HVAC).

Pada tahun 2016, MSEE semakin mendekati sasarannya, iaitu RM200 juta di Malaysia dan menyasar untuk mencapai RM260 juta pada tahun 2017. Pencapaian pada tahun ini amat membanggakan buat MSEE. Pada bulan Februari 2016, Midea meraih 13 anugerah rekaan daripada Majlis Anugerah IF International Forum Design (GMBH) di Jerman. Tambahan lagi, setakat ini Midea telah merangkul sejumlah 40 anugerah rekaan produk di REDDOT, IF International Forum Design (GMBH), Gmark dan International Design Excellence Award (IDEA).

Presiden MSEE, Ng Kong Chin semasa menyampaikan ucapannya mengenai strategi MSEE pada siding akhbar ‘Discovering The Future with Midea’.
Presiden MSEE, Ng Kong Chin semasa menyampaikan ucapannya mengenai strategi MSEE pada siding akhbar ‘Discovering The Future with Midea’.

Tahun 2016 merupakan tahun pertumbuhan yang hebat buat Midea. Midea bukan sahaja pantas berkembang di negara ini, ia turut memiliki syarikat robotik Jerman KUKA, memperoleh hak paten-paten alat elektrik rumah Toshiba untuk 40 tahun dan diiktiraf sebagai 500 Syarikat Terbaik Forbes Global Enterprises 2015. Dengan rangkaian produk MSEE yang berkualiti unggul, tahan lama dan perkhidmatan yang mesra, MSEE bertekad untuk menerajui masa depan dengan inovasi dan teknologi elektronik pintar yang dicipta untuk setiap insan dan mampu milik oleh segenap lapisan masyarakat.

Kumpulan Midea yang berasal dari China ini mengembangkan sayapnya di Malaysia pada tahun 2006 dan menjadikan MSEE sebagai rakan kongsi usaha samanya di Malaysia.