Penghayatan bacaan Al-Quran tingkat inspirasi pelajar

Penghayatan bacaan Al-Quran tingkat inspirasi pelajar

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Seramai 106 pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Lambak Kanan diraikan di majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 1437 hijrah / 2016 Masihi, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya membuka tirai majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah sebelum bacaan surah-surah khatam yang disampaikan oleh barisan pelajar adalah Pemangku Penolong Pengarah Institusi Pengajian, Jabatan Pengajian Islam, Haji Shamsol bin Haji Omar.

Menurut kenyataan penganjur majlis itu merupakan sebahagian daripada projek tahunan Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama sejak tahun 1965 dan acara pada kali ini melibatkan 68 pelajar lelaki dan 38 pelajar perempuan.

Para peserta khatam bergambar ramai di majlis itu.
Para peserta khatam bergambar ramai di majlis itu.
Antara pelajar Sekolah Ugama Lambak Kanan yang terlibat dengan majlis khatam Al-Quran.
Antara pelajar Sekolah Ugama Lambak Kanan yang terlibat dengan majlis khatam Al-Quran.

pgm9_160908_b

Penganjuran majlis ini bukan hanya terhad kepada kejayaan anak-anak dalam menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran akan tetapi mereka juga didedahkan kepada mesej yang seharusnya di ketahui daripada bacaan dan pengertian setiap ayat yang dibacakan. Ia adalah salah satu usaha penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci al-Quran yang berperanan untuk memberikan inspirasi dan galakan kepada pelajar untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain daripada itu ia juga menjadi platform dan usaha berterusan yang dilakasanakan oleh pihak sekolah untuk menanamkan semangat ingin berusaha menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam Al-Quran al-Karim. Majlis turut diserikan dengan persembahan Zikir Ashraqal oleh penuntut Darjah 5 sekolah ugama berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA