Penghijrah beralih ke Croatia

Penghijrah beralih ke Croatia

SID, Serbia, 16 Sept (AFP) – Bas pertama yang membawa penghijrah tiba awal hari ini berhampiran sempadan Serbia dengan negara anggota EU, Croatia berharap memintas pagar berduri yang dibina oleh Hungary, ketika Angela Merkel dari Jerman menggesa bagi sidang mesyuarat EU berhubung krisis orang pelarian.

Sekumpulan seramai 30-40 orang, kebanyakannya penghijrah Syria dan Afghan turun di Sid, bandar sempadan Serbia, selepas perjalanan semalaman dari sempadan Macedonia di Presevo, 500 kilometer ke selatan.

“Kami mendengar yang Jerman telah ditutup, dengan itu pihak polis memberitahu kami seharusnya datang cara begini,” kata Amadou, 35 tahun dari Mauritania di barat Afrika.

“Kami mahu pergi ke mana-mana yang aman,” katanya.

Beratus-ratus lagi mereka yang terdesak terperangkap di belakang pagar yang dibina dengan tergesa-gesa oleh Hungary di sepanjang sempadannya dengan Serbia dalam usaha untuk menghalang aliran penghijrah melalui negara-negara Balkan.

Para pelarian dan penghijrah dari negara Timur Tengah berjalan kaki di jalan belum berturap berhampiran sempadan Serbia-Hungary dekat dengan bandar Sid, Utara Serbia pada 16 September. – AFP
Para pelarian dan penghijrah dari negara Timur Tengah berjalan kaki di jalan belum berturap berhampiran sempadan Serbia-Hungary dekat dengan bandar Sid, Utara Serbia pada 16 September. – AFP

Perdana Menteri konservatif Hungary Viktor Orban mengumumkan rancangan bagi sekatan serupa di sempadannya dengan Romania.

Budapest juga membuat tangkapan pertamanya di bawah undang-undang baru yang menghukum ‘penyeberangan sempadan secara haram’ atau merosakkan pagar sempadan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

“Mengapa mereka melakukan ini? tanya seorang wanita Afghanistan yang sedang memegang anak kecilnya berhampiran pagar bahagian Serb yang mana di situ kira-kira 300 orang berhimpun, sebilangan mencari ruang-ruang terbuka namun kecewa, ketika polis rusuhan Hungary memerhati mereka dari di bahagian sebelah lagi.

“Semalam adalah benar-benar malam yang teruk,” kata Bashir, seorang murid sekolah Afghan berusia 17 tahun yang tiba sejam selepas sempadan ditutup.

“Cuaca sejuk terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak kecil,” ujarnya kepada AFP.

Langkah berkontroversi itu adalah sebahagian strategi Orban untuk mengekang aliran penghijrah – lebih 200,000 orang telah memasuki negaranya setakat ini pada tahun ini – membuat perjalanan dari Greece dan transit melalui barat Balkan dan Hungary, kebanyakan mereka menuju Jerman melalui Austria.

Menteri-menteri kerajaan Balkan bagi pelarian, Aleksandar Vulin, menggesa Hungary untuk membuka semula sempadannya, “sekurang-kurangnya bagi wanita dan kanak-kanak,” bercakap kepada AFP di tempat penyeberangan Horgos, yang mana sekitar 100 orang sedang menunggu sempadan itu untuk dibuka semula.