Penghijrah Calais maut dilanggar lori

Penghijrah Calais maut dilanggar lori

CALAIS, Perancis, 31 Mac (AFP) – Seorang penghijrah Afghanistan yang tinggal di kem ‘Hutan’ Calais yang terkenal meninggal dunia hari ini selepas dilanggar sebuah lori di pinggir pelabuhan Perancis, menurut pihak berkuasa serantau.

Paramedik tiba jam 6 pagi waktu tempatan (0400 GMT) namun tidak dapat menyelamatkan remaja lelaki yang berusia 22 tahun itu, kata pihak berkuasa Pas-de-Calais dalam satu kenyataan.

“Lori yang membuat perjalanan dari arah Calais-Dunkirk, lari dari tempat kejadian dan kami sedang mencari pemandunya,” menurut kenyataan tersebut.

Sejak Jun tahun lepas, kira-kira 20 penghijrah meninggal dunia di rantau Calais ketika mereka cuba untuk tiba ke England menerusi Terowong Channel.

ARTIKEL YANG SAMA